BAB 9 : MALAYSIA
DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
9.2.3 MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN SERANTAU
PILIHAN
SOALAN 1, 2 DAN 3 (pilih mana yang betul)
SUB TOPIK
1: DASAR LUAR MALAYSIA
(a) Latar belakang dasar luar Malaysia/
kepentingan/matlamat dasar luar Malaysia
·
Malaysia
mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara
·
Kepentingan
dasar luar Malaysia merujuk padamatlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia
·
Antaranya
untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara
·
Untuk
memelihara kepentingan nasional dan menggekalkan kedaulatan negara
·
Untuk
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
·
Untuk
mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
·
Untuk
menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk
kesejahteraan dunia
(b) Bentuk
hubungan luar Malaysia
·
Malaysia
melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain
·
Iaitu
hubungan bilateral dan hubungan multilateral
·
Hubungan
bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
Contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura,
Indonesia, Thailand dan Vietnam
·
Selain
itu hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin,
Afrika, Asia Barat serta negara maju yang lain seperti Britain dan Amerika
Syarikat
·
Hubungan
multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) dan sebagainya
(c)
Faktor-faktor penggubalan dasar luar
·
Faktor sejarah
- Kesultanan Melayu Melaka
telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
- Contoh China, Arab, Siam
dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
- Hubungan
ini berbentuk hubungan perdagangan
- Pada
masa ini terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
- Contoh hubungan antara Indonesia, Brunei,
Singapura dan Malaysia
- Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel
- Malaysia
juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara
- Komanwel lain
seperti Australia dan New Zealand
- Pada
masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
- Ancaman
ini menggugat keselamatan Malaysia
- Keadaan
ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan anti
komunis
- Pada masa yang sama, Malaysia
masih bergantung kepada kuasa Barat
- Malaysia
belum mempunyai keupayaan pertahanan
·
Faktor ekonomi
- Malaysia merupakan negara
yang mengamalkan pasaran bebas
- Malaysia juga menjalinkan
hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan
ekonominya
- Sejak zaman penjajahan
British lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar bijih timah
dan getah
- Pada masa ini telah
terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara maju
seperti Britain dan Amerika Syarikat
- Setelah mencapai
kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran juga modal
dari negara-negara tersebut
- Beberapa langkah telah diambil bagi
menggalakkan kemasukkan pelaburan asing
- Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan
ekonomi negara di samping menyediakan
peluang pekerjaan.
- Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur
terutamanya Jepun dan Korea
- Pada masa yang sama, Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara-negara
sedang membangun dan juga negara-negara
Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping
mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
- Faktor politik
- Sebagai sebuah negara
yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya
sendiri berdasarkan prinsip keamanan
sejagat
- Ini jelas terpapar dalam
dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain.
- Contohnya, dasar Malaysia
yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau AsiaBarat
- Malaysia berpegang teguh
pada prinsip-prinsip dan Piagam
Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan
dunia
- Malaysia tegas dengan
pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan
mengekalkan keamanan dunia
- Malaysia mempunyai
kedudukan yang strategik di Asia Tenggara
- Malaysia bersempadan
dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti
·
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei
- Perairannya menjadi
laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
- Dengan ini, keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan Malaysia
·
Faktor demografi
- Malaysia telah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama
Islam
- Malaysia tidak
menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas
peribumi Palestin
- Rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan
agama masing-masing
- Amalan konsep perpaduan
dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkanMalaysia menentang dasar
Apartheid
- Malaysia tidak
menjalinkan hubungan dengan Afrika Selatan sehinggalah Afrika Selatan
menghapuskan Dasar Apartheid
- Faktor kepelbagaian kaum
di Malaysia mempengaruhi hubungan serantau Malaysia
(d) Perkembangan
Dasar Luar Malaysia.
·
Perkembangan
dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut.
·
Tahap Pertama
·
Dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
·
Dasar
luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti-
komunis serta berbaik-baik
dengan jiran dan negara Komenvel.
·
Dasar
luar berkenaan disebabkan faktor
politik, ekonomi dan sosial
·
Faktor
politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di
dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
·
Oleh
itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel
terutama Britain, Australia dan New Zealand.
·
Bagi
menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu
(AMDA) pada tahun 1956 dengan British.
·
Mengikut
perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya
diserang oleh mana-mana negara
·
Dasar
luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan jiran
·
Hal
ini disebabkan timbulnya krisis dengan
negara-negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina
(1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965)
·
Usaha-usaha
untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa
perjanjian
·
Malaysia
telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO
pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967
bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura
·
Faktor
ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain kerana
Malaysia dalam menjaga kepentingan
ekonomi negara ini.
·
Pertama,
hal ini disebabkan Malaysia merupakan
anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai
mata wang paun sterling.
·
Kedua,
Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hal utamanya iaitu bijih timah dan
getah dengan mengharapkan sepenuhnya
permintaan Barat termasuk Britain
·
Ketiga,
pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian
·
Bagi
mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura, Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain
dan juga mencari pasaran baru
·
Tahap Kedua
·
semasa
pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1972-1976)
·
Menjelang
tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara.
·
Perubahan
dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur
·
Perubahan
dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua buah kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China
·
Dalam
mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara
ASEAN
·
Malaysia
juga menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
·
Keinginan
Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara
jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatic
dengan Vietnam pada tahun 1976.
·
Masalah
pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran
·
Tahap Ketiga
·
dilaksanakan
oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)
·
Dasar
luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi.
·
Kepentingan
ini berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di
kalangan negara membangun
·
Dalam
usaha untuk mencapai matalamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan
hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan
krisis Vietnam dan Kampuchea
·
Di
samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara
Malaysia
·
Dasar
ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai
nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam
perkerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
·
Malaysia
juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan Dato’ Seri Dr. Mahathir ke Afrika, Amerika Selatan, Caribbean
dan Pasifik Selatan
·
Dalam
setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
pihak.
·
Beliau
percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan diplomatic dan
perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga
No comments:
Post a Comment